fbpx

7 Disember 2021, 7:21 am

  TERKINI

‘Tolonglah daftar cucuk vaksin di negeri sendiri’

DR. SIRAJUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Tindakan segelintir individu luar yang memilih untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di negeri ini boleh menjejaskan proses mempercepat vaksinasi penduduk Perlis.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim berkata, masih ramai penduduk Perlis belum menerima suntikan vaksin dan harus diberikan keutamaan.

Katanya, rakyat negeri lain seharusnya faham untuk mendaftar menerima suntikan vaksin di negeri mana mereka berada dan bukannya berbuat demikian di negeri lain.

“Keutamaan kita sememangnya adalah pada penduduk di negeri ini tetapi ia adalah di luar kawalan kami kerana orang ramai boleh memilih tempat vaksinasi mereka di dalam aplikasi MySejahtera.

“Oleh itu, kami minta kerjasama rakyat negeri lain untuk tidak memilih Perlis sebagai tempat vaksinasi mereka. Sekarang ini, kita sudah cuba berbincang di peringkat kementerian mengenai kemasukan orang luar yang suntik vaksin di Perlis,” katanya. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN