‘Tok, jangan kacau tok’, rayu penduduk terserempak gajah - Utusan Malaysia

‘Tok, jangan kacau tok’, rayu penduduk terserempak gajah

AKSI seekor gajah dewasa yang dirakam menghampiri sekumpulan penduduk dipercayai di Kampung Lukut, Kota Tinggi di Johor. - FB ORANG KOTA - TINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kelibat seekor gajah dewasa yang muncul di jalan raya dipercayai di Kampung Lukut, di sini menarik perhatian pengguna media sosial yang melihat video itu di Facebook.

Menerusi perkongsian di halaman Facebook Orang Kota – Tinggi, haiwan tersebut dilihat menuju ke arah sekumpulan penduduk yang berada berdekatan.

Video berdurasi 48 saat itu memaparkan gajah dewasa tersebut menghampiri mereka sehingga terpaksa menyorok dan melarikan diri apabila dipercayai dikejar haiwan terbabit.

Dalam rakaman pada waktu malam itu, penduduk memberitahu saiz gajah tersebut amat besar sambil ‘merayu’ agar tidak diserang atau diganggu.

“Tok, jangan kacau tok,” kata salah seorang lelaki seperti dalam video tersebut yang setakat ini mendapat sehingga 293,000 kali tontonan dan lebih 2,000 perkongsian di Facebook.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apa kesudahan yang terjadi dalam kejadian itu, namun warganet mengandaikan kesemua mereka selamat apabila mereka dapat melihat video tersebut.

“Kalau mamat tu tak sempat lari, video ni takkan muncul, Penyek jadi piring dah..,” komen Khairul Affendi.

Mohamad Azman Yusoff Ikamazila pula menulis, ‘Sempat lari..jadi kita dapat tengok video’.

Tidak kurang juga ada pengguna Facebook yang mengingatkan agar tidak sesekali menganggu haiwan itu kerana ia boleh menyerang secara tiba-tiba.

“Jangan sesekali diusik alamatnya lari tak jejak tanah lah kau jawabnya,” kata Jamaliah Hasan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN