Tiada kompromi amalan rasuah - MB Selangor - Utusan Malaysia

Tiada kompromi amalan rasuah – MB Selangor

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor  menegaskan tidak sesekali berkompromi dengan sebarang kesalahan rasuah dan penyelewengan kuasa melibatkan kakitangan awam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Amirudin Shari berkata, beliau sedia maklum mengenai penahanan beberapa pegawai perkhidmatan awam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan isu rasuah.

“Seperti yang pernah saya umumkan ketika Majlis Mahabbah Ramadhan pada 23 April lalu, kerajaan negeri serius dan tegas melawan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Malah, kita sedang mengikuti rapat beberapa jabatan berkenaan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang didapati bersalah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kelmarin, akhbar melaporkan SPRM menahan dua bekas Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran di Selangor kerana disyaki menerima rasuah daripada kontraktor projek dan pemaju perumahan di kawasan masing-masing.

Mengulas lanjut, kata Amirudin, sepanjang siasatan dijalankan oleh SPRM atau pihak berkuasa, tiada sesiapa dianggap bersalah sehingga terbukti bersalah selaras dengan prinsip ‘Rule of Law’.

“Justeru, kerajaan negeri menghormati proses yang sedang berjalan dan kekal menjunjung prinsip ketelusan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya