PENYOKONG tegar PH, A Kadir Jasin merah mata apabila melihat keakraban dua sahabat bergambar di Putrajaya, menulis untuk memburukan UMNO dengan tuduhan Kerajaan tidak dipilih Rakyat.
A Kadir Jasin terlupa, kerajaan yang jatuh adalah akibat dari tindakan Tun M yang meletakan jawatan, malah UMNO dan PAS menuntut untuk Pilihanraya diadakan, namun ianya tidak diperkenan oleh Istana atas sebab kepentingan Rakyat.
Ibarat tersandung batu, janganlah nak salahkan orang lain, yang hilangkan majoriti di Parlimen terhadap PH adalah parti PPBM, malah Kadir Jasin merupakan Ahli Majlis Tertinggi ketika itu, beliau lebih tahu apa yang terjadi dengan Parti beliau dengan rakan-rakan beliau dalam PH.
UMNO dan PAS hanya memenuhi kehendak Istana dan memelihara kepentingan rakyat yang ketika itu dahagakan Negara yang lebih baik dari pemerintahan PH.
7 PRK kalah terus menerus, ekonomi merundum, Menteri Kewangan tak tahu baca titik perpuluhan, kepentingan GLC kerajaan dijual, dividen ASB dan TH tercorot dalam sejarah Negara, peristiwa Kasut Hitam, Komunis sebagai perjuangan kemerdekaa malah banyak lagi dan setiap hari selama 22 bulan rakyat Malaysia dihidangkan dengan krisis Menteri yang gagal mentadbir Malaysia ketika itu.
Malah, dalam baru setahun jagung memerintah, perebutan jawatan Perdana Menteri diantara Tun M dan Anwar Ibrahim makin menjengkelkan, dalam waktu rakyat dahagakan formula dan janji Menifesto, rakyat kehilangan pekerjaan, PH berebut untuk menukar Perdana Menteri.
Ini semua menyebabkan Rakyat tidak selesa dengan PH, Pakatan Harapan menjadi Pakatan Hilang Harap untuk rakyat Malaysia.
Untuk Kadir Jasin, janganlah menghina sebuah parti yang sudah memberi beliau jalan kekayaan, NSTP adalah hasil titik peluh pemimpin UMNO, apa yang Kadir ada hari ini juga hasil dari perjuangan UMNO.
Tidak ada salahnya BN memerintah semula Negara ini, semua tuduhan Kadir sudah dibawa dibicarakan di Mahkamah.
Jangan terus menerus ibarat kacang lupakan kulit, elok melihat jalan kebaikan dari terus menerus menletakan salah kepada orang lain.
#UMNOBersamaRakyat










