Terima kasih atas kepercayaan diberikan - Ismail Sabri - Utusan Malaysia

Terima kasih atas kepercayaan diberikan – Ismail Sabri

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan yang diberikan dalam pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau turut berterima kasih atas sokongan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan seluruh kepimpinan parti.

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada ahli-ahli Parlimen, pemimpin-pemimpin parti politik dan seluruh rakyat Malaysia.

“Ini merupakan amanah yang perlu digalas dengan ikhlas dan jujur demi kestabilan politik, ekonomi dan kemakmuran negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ismail Sabri turut berdoa semoga semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dapat bersama-sama membawa Malaysia mencapai masa depan yang lebih cemerlang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN