Terengganu benarkan ibadah korban, akikah di rumah penyembelihan, masjid - Utusan Malaysia

Terengganu benarkan ibadah korban, akikah di rumah penyembelihan, masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu membenarkan pelaksanaan ibadah korban dan akikah sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda berkata, aktiviti itu dibenarkan di rumah penyembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu (JPV) atau rumah penyembelihan ruminan swasta yang dilesenkan.

Di samping itu katanya, lokasi lain yang turut dibenarkan ialah pekarangan masjid, surau dan di kawasan lapang seperti padang yang diluluskan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

“Jumlah haiwan korban dihadkan kepada lima ekor sehari di sesuatu kawasan kecuali di rumah penyembelihan dibenarkan manakala bilangan petugas pula tidak melebihi 10 orang dan dalam keadaan sihat.

“JHEAT akan mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pelaksanaan ibadah korban yang lengkap untuk dijadikan rujukan semua pihak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Osman, mereka yang melakukan aktiviti korban dan akikah perlu membuat permohonan dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Dalam pada itu katanya, solat sunat Aidiladha dan solat Jumaat dibenarkan dengan 40 jemaah lelaki tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid serta surau.

Katanya, aktiviti solat fardu di masjid dan surau di negeri ini pula dibenarkan dengan hanya 12 jemaah.

Bagaimanapun menurutnya, bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), solat Jumaat, solat sunat Aidiladha dan pelaksanaan ibadah korban adalah tidak dibenarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya