Tempat kerja, komuniti mendominasi kluster baharu - Utusan Malaysia

Tempat kerja, komuniti mendominasi kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan pertambahan 19 kluster baharu yang melibatkan 13 kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja menyaksikan Selangor mencatatkan tiga kluster, tiga di Johor, dua di Kelantan, dua di Kuala Lumpur, satu di Pulau Pinang, satu di Sabah manakala Kluster komuniti, tiga di Kuala Lumpur manakala Perak serta Johor, masing-masing satu kluster dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi di Kuala Lumpur. 

Noor Hisham berkata, Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 melebihi 9,000 iaitu 9,105 kes berbanding semalam, 9,353 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 5,194 kes. 

Katanya, sebanyak 91 kematian dicatatkan dengan 961 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 455 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 87,841 kes aktif. 

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,682 kes dengan Kuala Lumpur (1,247), Negeri Sembilan (541), Johor (392), Kedah (382), Pahang (300), Melaka (278), Sabah (271), Sarawak (270), Pulau Pinang (243) dan Perak (207). 

“Hanya sebuah negeri mencatatkan kes di bawah 200 iaitu Kelantan (150) manakala Terengganu (38), Labuan (54), Putrajaya (49) dan hanya Perlis merekodkan satu kes,” katanya. 

Mengulas mengenai 91 kematian, beliau berkata, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 34 kematian, 21 kes di Kuala Lumpur, 12 kes Negeri Sembilan, lapan kes di Melaka, enam kes di Johor, tiga kes di Pahang, dua kes di Kelantan serta masing -masing satu kes di Sarawak, Pulau Pinang, Perak, Kedah, dan Labuan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN