Suntik vaksin berpeluang dapat rumah di Genting Highland

Suntik vaksin berpeluang dapat rumah di Genting Highland dan Melaka

YAP Ngan Choy (dari kanan), Rahmad Mariman, Sulaiman Md. Ali dan Muhammad Jailani Khamis ketika merasmikan Kempen 'Vax & Win' di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - FOTO/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Rakyat Malaysia kini berpeluang memiliki kediaman impian di Genting Highland, Pahang dan Melaka bernilai lebih RM400,000 dan hadiah bulanan menarik sehingga RM1 juta dengan menyertai kempen vaksin ‘Vax & Win‘ yang dianjurkan NCT Alliance Berhad (NCT Alliance). 

Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Yap Ngan Choy berkata, kempen tersebut merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat syarikat tersebut dalam menggalakkan orang ramai mengambil suntikan vaksin. 

Katanya, kempen tersebut menyediakan pelbagai hadiah menarik cabutan bertuah termasuk sebuah unit hartanah Grand Ion Majestic di Genting Highlands bernilai RM570,000 dan sebuah lagi di Ion Forte Green City, Melaka bernilai RM423,800.

“Hadiah ini akan diberikan menerusi cabutan bertuah. Bagi sejuta penyertaan pertama, kita akan memberikan hadiah sebuah rumah di Melaka bernilai RM423,800, manakala cabutan ke dua juta akan membawa pulang kunci unit hartanah di Genting Highland bernilai RM570,000. 

“Selain itu, kami juga menawarkan sepuluh hadiah bulanan sepanjang tempoh kempen ini berlangsung termasuklah penginapan satu malam di Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands, serta pelbagai peralatan rumah dan elektronik,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Kempen ‘Vax & Win‘ yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Mengulas lanjut, Sulaiman memberitahu, NCT Alliance juga menyediakan peruntukan khas lima cabutan bertuah setiap bulan untuk direbut oleh penduduk negeri ini yang mengambil suntikan vaksin.

“Bagi melayakkan diri memenangi hadiah bulanan ini, peserta hanya perlu membuat beberapa langkah mudah iaitu menghantar penyertaan melalui aplikasi Iron by NCT, ikuti akaun Facebook, NCTgroupmy atau Instagram di nctgroupmy.

“Kemudian tag tiga rakan dan gunakan tanda pagar #MelakaNCTvaxnwin, #NCTvaxnwin, #NCTgroupmy, #daftarvaksin, #lindungdirilindungsemua, #MelakaMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia,” ujarnya.

Jelasnya, penyertaan itu akan bermula bermula 1 Ogos sehingga 31 Mac tahun depan dan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya