Speaker Dewan Rakyat perlu letak jawatan jika tidak ubah tiga perkara ini, desak PH - Utusan Malaysia

Speaker Dewan Rakyat perlu letak jawatan jika tidak ubah tiga perkara ini, desak PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun ‘dipelawa’ meletak jawatan sekiranya tidak dapat membuat perubahan dalam tiga perkara.

Menjelaskan perkara itu, Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan bersama memaklukan, tiga sebab tersebut adalah tidak meletakkan had 80 orang dan membenarkan semua ahli Parlimen hadir serta berada di dalam Dewan Rakyat pada bila-bila masa mesyuarat berjalan.

Selain itu, membenarkan perbahasan penuh berasaskan usul menteri untuk semua isu-isu yang dinyatakan dalam titah pandangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah.

Ini termasuk Pelan Pemulihan Negara, Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat, pelaksanaan program vaksinasi, langkah-langkah mencegah Covid-19 dan usaha memulihkan ekonomi serta
menjamin kelangsungan hidup rakyat.

Azhar turut digesa menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong daripada hanya akur pada keputusan Kabinet.

“Jika Yang Diertua Dewan Rakyat berasakan beliau tidak mampu melaksanakan tiga perubahan ini, beliau dipelawa  meletak jawatan,” katanya dalam satu kenyataan bersama antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Tambah kenyataan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak seharusnya menuruti kehendak kerajaan kerana ia tidak bertepatan dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

Jika ia tetap dilaksanakan, bermakna Azhar juga turut mengingkari titah Tuanku.

“Isu pokok di sini ialah keputusan-keputusan Kerajaan Perikatan Nasional berkenaan perjalanan sidang khas Parlimen tidak mencapai maksud penuh titah pandangan yang dizahir Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah.

“Sidang khas ini tiada perbahasan ke atas sebarang usul, hanya setakat mendengar kuliah Menteri, dengan kehadiran jumlah ahli Dewan Rakyat yang tidak lengkap dan tanpa sebarang undian terutama berkait Proklamasi Darurat.

“Maka jika Yang Diertua Dewan Rakyat tetap melaksanakan keputusan-keputusan kerajaan itu, pada ketika beliau menyedari ianya tidak mencapai maksud sebenarDuli-Duli Tuanku, maka Yang Dipertua Dewan Rakyat telah turut sama mengingkari titah tersebut,” ujarnya lagi.

PH dalam masa yang sama turut menjelaskan , pihaknya tidak akan membuat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri kerana isu yang dibangkitkan hanyalah khusus mengenai Covid-19.

Berikutan itu, Azhar selaku Yang dipertua Dewan Rakyat tidak perlu bimbang dengan perkara itu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya