SKMM bina tiga menara pertingkat liputan - Utusan Malaysia

SKMM bina tiga menara pertingkat liputan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membina tiga menara komunikasi baharu bagi meningkatkan kemudahan liputan internet.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, tiga lokasi tersebut adalah Kolej Hutecs; Kampung Kepah dan Kampung Machang yang terletak di Hulu Terengganu dan telah beroperasi sepenuhnya pada 31 Mei lalu dengan liputan kadar migrasi talian mudah 4G.

Katanya, menara berkenaan yang dibina di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) itu akan memanfaatkan lebih 3,000 penduduk di kawasan terlibat.

“Pembinaan menara-menara komunikasi baharu itu juga membantu meningkatkan taraf hidup penduduk setempat selain mempersiapkan mereka berdepan era digital yang kian mencabar.

“Pada masa yang sama, dengan adanya liputan 4G di kawasan-kawasan yang dimaksudkan, ia juga membantu guru dan pelajar sekolah untuk melaksanakan serta mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan lancar dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN