fbpx

26 Oktober 2021, 2:34 pm

Siasat secara adil, segera kematian Zahari

MOHAMAD Asraf Ahmad Sohaimi (kiri) bersama Nurhawatif Ayub menunjukkan laporan polis kematian Zahari Ayub di hadapan IPD Kuala Muda, Sungai Petani hari ini. - UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Keluarga mangsa yang meninggal dunia dipercayai akibat dipukul oleh anggota sebuah agensi penguat kuasa di sini pada 20 Julai lalu, mengharapkan siasatan dapat dijalankan secara adil dan segera oleh polis.

Peguam yang mewakili keluarga mangsa, Mohamad Ashraf Ahmad Sohaimi berkata, keluarga mangsa memohon pihak berkuasa berlaku adil dalam siasatan membabitkan kes kematian, Zahari Ayub, 24.

Menurutnya, sejak kejadian itu, keluarga mangsa mendakwa tidak dihubungi polis untuk dimaklumkan mengenai perkembangan siasatan.

“Keluarga mangsa berharap mereka dimaklumkan mengenai perkembangan siasatan dan meminta siasatan yang telus dilaksanakan dengan segera.

“Pihak keluarga berharap mereka akan mendapat pembelaan sewajarnya di samping ingin mengetahui punca mangsa diperlakukan hingga membawa kepada kematiannya,” katanya ketika ditemui di sini itu.

Zahari, anak bongsu daripada empat beradik dan tinggal bersama keluarga di Taman Lambaian Jerai, Gurun dekat sini mati pada di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pukul 1.33 pagi pada 20 Julai lalu.

Mangsa dipercayai mati akibat kecederaan di bahagian kepala selepas didakwa dipukul semasa dalam tahanan sebuah agensi penguat kuasa.

Mohamad Ashraf memberitahu, kakak mangsa, Nurhawatif membuat laporan polis mengenai kematian Zahari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini hari ini.

“Laporan polis itu dibuat oleh keluarga mangsa sebagai permulaan untuk proses undang-undang melibatkan kes kematian Zahari,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI