Semua penduduk dewasa Selangor, KL terima 1 dos vaksin awal Ogos - Utusan Malaysia

Semua penduduk dewasa Selangor, KL terima 1 dos vaksin awal Ogos

SEORANG petugas Kementerian Kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada penerima, baru-baru ini. - GAMBAR HIASAN/ UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penduduk dewasa di Selangor dan Kuala Lumpur dijangka menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19 menjelang awal Ogos nanti.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia susulan peningkatan kes yang berlaku kini disebabkan sebahagian besarnya oleh penularan di tiga buah negeri di jajaran Lembah Kelang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebahagian Negeri Sembilan.

Jelasnya, ia membabitkan 6.1 juta orang daripada dua negeri itu yang akan menerima vaksin tersebut di bawah Operasi Lonjakan Kapasiti.

“Kerajaan juga sedar, peningkatan kes yang berlaku kini disebabkan sebahagian besarnya oleh penularan di tiga buah negeri di jajaran Lembah Kelang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan sebahagian Negeri Sembilan. Ia menyumbang lebih 70 peratus daripada keseluruhan kes jangkitan harian.

“Kerajaan Pusat akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk memastikan penularan virus ini dapat dikawal dan yang paling utama hospital-hospital mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk berfungsi dengan berkesan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN