Semua laluan kawasan PKPD ditutup, rentas daerah, negeri bagi tujuan vaksin dibenarkan - Utusan Malaysia

Semua laluan kawasan PKPD ditutup, rentas daerah, negeri bagi tujuan vaksin dibenarkan

-GAMBAR HIASAB/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: semua laluan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) ditutup dan dikawal Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua penduduk di dalam kawasan perintah itu tidak dibenarkan keluar dari kediaman masing-masing kecuali seorang sahaja wakil isi rumah boleh keluar hanya untuk membeli keperluan asas di kawasan PKPD dalam radius 10 kilometer dari kediaman.

Kata beliau, tiada sebarang pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas pukul 8 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran PDRM.

Bagaimanapun, menurut beliau, pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau sistem khidmat ringkas (SMS).

“Kementerian Kesihatan akan melaksanakan ujian saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kawasan-kawasan yang terlibat.

“Jawatankuasa penyelaras Program Vaksinasi Kebangsaan juga memberi jaminan bahawa program pemberian vaksin akan dipertingkat dan dipergiatk di kawasan-kawasan yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya