Semua ahli Parlimen BN sebulat suara sokong kerajaan pimpinan Muhyiddin - Utusan Malaysia

Semua ahli Parlimen BN sebulat suara sokong kerajaan pimpinan Muhyiddin

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebulat suara menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu dicapai selepas beliau mempengerusikan satu perjumpaan bersama 40 Ahli Parlimen BN, hari ini.

Beliau berkata, perjumpaan itu turut sepakat menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Ahli-ahli Parlimen BN juga akur dengan titah Seri Paduka untuk memberikan keutamaan kepada kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat serta negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan beliau terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan masih mendapat sokongan melebihi 110 ahli Parlimen.

Ia susulan titah Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen bahawa kerajaan membatalkan semua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan.

Datuk Pengelola Bijaya Istana Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, ini sedangkan, pembatalan semua Ordinan Darurat belum mendapat perkenan daripada Seri Paduka.

Beliau berkata, Seri Paduka turut berdukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dipersetujui sebelum ini dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya pada 24 Julai lalu berkenaan cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan tidak dilaksanakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya