Selangor penyumbang utama kematian Covid-19 - Noor Hisham

Selangor penyumbang utama kematian Covid-19

Selangor merekodkan sebagai penyumbang utama iaitu 46 kes dengan 138 jumlah keseluruhan kematian direkodkan hari ini. - FOTO/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan 138 kematian Covid-19 yang menjadi kes paling tinggi sejak pandemik melanda negara tahun lalu, dengan Selangor merekodkan sebagai penyumbang utama iaitu 46 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain Selangor, 20 kes di Negeri Sembilan, masing-masing 16 kes di Kuala Lumpur dan Johor, 12 kes di Pahang, 11 kes di Melaka, tujuh kes di Kedah, empat kes di Perak, tiga kes di Pulau Pinang, dua kes di Terengganu, dan satu kes di Sabah.

“Kes melibatkan seramai 89 lelaki dan 49 wanita manakala 10 warga emas, 18 orang meninggal dunia di rumah dan 122 pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia terus merekod kes positif Covid-19 melebihi 12,000 iaitu 12,528 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 6,629 kes dengan 908 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 425 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 119,814 kes aktif.

“Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 4,985 kes diikuti Kuala Lumpur (1,740), Negeri Sembilan (1,280), Kedah (701), Sabah (647), Johor (625), Melaka (569), Perak (428), Pulau Pinang (396), Sarawak (388), Pahang (317) dan Kelantan (211)

“Hanya Terengganu mencatatkan kes di bawah 200 iaitu 177 kes. Bagaimanapun dua wilayah mencatatkan kes di bawah 100 kes iaitu Putrajaya (41) dan Labuan (22) manakala Perlis merekodkan satu kes,” katanya.

Mengulas mengenai 28 kluster baharu, beliau berkata, tempat kerja mencatatkan 19 kluster diikuti enam kluster komuniti, dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan satu kluster pendidikan.

Kluster tempat kerja katanya, empat di Johor, Jalan Langsat Choh di Pontian (30), Jalan Penaga 18 di Johor Bahru (11), Jalan Keluli Empat di Johor Bahru (46), Perindustrian PLO 34 di Kulai (12) serta empat di Pulau Pinang, Lorong Perusahaan 10 di Seberang Perai Tengah (16), Lorong Jelawat di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara (31), Lorong Perusahaan 8B di Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Utara (57), Lorong Perusahaan Baru Tiga di Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan (17); tiga di Selangor, Saujana Putra Satu di Kuala Langat dan Petaling (75), Industri Alam Perdana di Kuala Selangor (49), Industri Saujana Teratai di Kuala Selangor (14).

“Kuala Lumpur pula mencatat tiga kluster iaitu Tapak Bina Jalan Batu View di Kepong (141), Jalan Limau Purut di Lembah Pantai (23), Tapak Bina Jalan Awan Besar di Lembah Pantai (270); tiga di Melaka, Industri Jalan Usaha 13 di Melaka Tengah (29), Industri Lot 11 Tangga Batu di Melaka Tengah (150), Industri Lot Lima Batu Berendam di Melaka Tengah dan Alor Gajah (348) dan dua di Negeri Sembilan, Industri Jalan TJ Utara di Seremban (48), Industri Chembong di Rembau (60).

“Kluster komuniti pula, tiga di Kelantan, Tanjung Tok Sadang di Kota Bharu (12), Kampung Bujuk di Pasir Mas (14), Kampung Kepas di Machang (71); Rantau Melor di Jerantut, Pahang (7); Jambatan Liawan di Keningau, Sabah (45) dan Bedup Longgo di Seri an, Sarawak (25),” katanya.

Tambahnya, kluster kumpulan berisiko iaitu Lorong Chinniah di Klang, Selangor (16); Paya Datuk di Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin, Melaka (58) manakala Kluster pendidikan, Jalan Seri Tawar di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang (12). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN