Segera lantik TPM redakan kemelut politik Melayu - Utusan Malaysia

Segera lantik TPM redakan kemelut politik Melayu

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Apakah demi meredakan kemelut politik Melayu ketika ini, pelantikan seorang timbalan perdana menteri perlu dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Parti Pribumi Bersatu Malatysia (Bersatu)?

Berdasarkan cakap-cakap di peringkat akar umbi UMNO dan Bersatu serta para pemerhati politik, itu satu-satunya kaedah yang paling berkesan bagi menamatkan sengketa politik Malaysia, sekurang-kurangnya buat masa ini.

Kemungkinan perlu memandangkan UMNO adalah pemilik kerusi Parlimen terbesar dalam kalangan parti Melayu (38 kerusi).

Malah jika dijumlahkan bersama lagi tiga parti komponennya, MCA serta MIC dan PBRS, menjadikannya 42 kerusi bersama bilangan DAP.

Itu satu-satunya cara untuk memastikan kerajaan sedia ada terus stabil terutama dalam menangani pandemik Covid-19.

MOHAMAD HASAN

Dalam kalangan pemimpin UMNO, selain Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pemimpin paling kanan adalah Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya