"Saya tidak bersetuju dengan semua Yang Berhormat cakap" - Utusan Malaysia

“Saya tidak bersetuju dengan semua Yang Berhormat cakap”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bertegang leher dengan beberapa ahli Parlimen pembangkang kerana kecoh mempertikaikan perjalanan Sidang Khas Parlimen hari ini.

Katanya, semua ahli Parlimen perlu diam ketika beliau bercakap dan bukannya mempersoalkan tugas beliau.

“Kalau ahli Parlimen pandai peraturan dewan, kalau saya bercakap semua ahli Parlimen kena diam.

“Jadi saya tidak bersetuju dengan semua Yang Berhormat cakap,” katanya.

Terdahulu, beliau menjawab beberapa persoalan dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang bangkit mempersoalkan perjalanan persidangan Parlimen hari ini iaitu tidak memberi ruang kepada anggota dewan untuk berbahas dan mengundi berhubung Proklamasi Darurat.

Antara yang bangkit adalah Tun Dr. Mahathir Mohamed (Pejuang-Langkawi), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Warisan-Semporna) dan Ram Karpal (DAP-Bukit Gelugor).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya