"Saya akan ke mahkamah untuk diadili' - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

“Saya akan ke mahkamah untuk diadili’ – Syed Saddiq

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : “Berani kerana benar.”

Demikian pendirian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam Twitter beliau hari ini.

Pengasas Parti Muda itu mendakwa, beliau sebelum ini menerima beberapa ugutan jika tidak
menyertai Perikatan Nasional (PN) khususnya setiap kali menjelang pengundian penting di Parlimen.

Katanya, beliau lebih rela masuk mahkamah daripada masuk PN.

“Pada bulan Julai, Disember, Januari dan kini seminggu sebelum Parlimen bersidang. Saya tidak akan menjual maruah saya dan prinsip kepada PN.

“Pada 8.30 pagi esok saya akan ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk diadili. Berani kerana benar,” katanya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq memaklumkan beliau akan membuat pendedahan secara live di Facebook dan Instagram pukul 8 malam esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.