Sarawak benarkan makan di kedai mulai esok - Utusan Malaysia

Sarawak benarkan makan di kedai mulai esok

SARAWAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan aktiviti makan di kedai atau ‘dine-in’ dibenarkan di seluruh negeri itu bermula esok.

Namun katanya, hanya pengusaha makanan termasuk semua pekerja yang telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Covid-19 dibenarkan bekerja di kedai yang ingin beroperasi secara ‘dine-in’.

“JPBN ingin memberikan amaran tegas pada semua sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka.

“Arahan menutup serta-merta selama 14 hari jika berlaku penularan kes positif di premis yang dibenarkan beroperasi. Kos-kos saringan dan sanitasi akan ditanggung oleh operator atau pemilik premis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPBN juga akan mengenakan kompaun sekiranya pengusaha atau pekerja gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

Garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) terperinci boleh dirujuk di laman web Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (MLGH) Sarawak di pautan https://mlgh.sarawak.gov.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN