Razlan Rafii hantar surat kepada Agong, ucap terima kasih, terharu - Utusan Malaysia

Razlan Rafii hantar surat kepada Agong, ucap terima kasih, terharu

bersatu
MOHD. RAZLAN RAFII
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Muhamad Rafii menghantar surat terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengucapkan terima kasih dan rasa terharu atas usaha Seri Paduka menjelaskan isu yang berlaku antara Istana Negara dengan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau turut menzahirkan penghargaan itu kepada Majlis Raja-Raja Melayu yang mendengar suara dan kebimbangan rakyat negara ini rentetan krisis politik negara tidak stabil di tengah penularan pandemik Covid-19.

Katanya, kesungguhan Seri Paduka yang menggesa supaya kerajaan berusaha mencari jalan membawa rakyat keluar dari permasalahan kehidupan, sosial, ekonomi dan kesihatan amat melegakan semua pihak khususnya rakyat yang bergelut dengan sumber pendapatan tidak menentu.

“Menerusi warkah Istana Negara yang patik dan sekalian rakyat yakin bahawa kandungan di dalam surat tersebut merupakan gambaran sebenar isi hari Tuanku. Patik percaya Tuanku dan Majlis Raja-Raja telah menjalankan tanggungjawab sebagai payung yang menaungi rakyat dan tidak sesekali terpalit dengan kegagalan kerajaan hari ini.

“Rakyat sekarang memahami bahawa darurat yang Tuanku zahirkan dalam pewartaan, ia datang dari kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bukannya kehendak Tuanku malah Tuanku tidak mempunyai bidang kuasa untuk menolak mengikut tafsiran Perdana Menteri.

“Rakyat juga mengerti, faham dan beranggapan bahawa tindakan Istana Negara menitahkan agar pemimpin-pemimpin parti politik dan pakar-pakar menghadap Tuanku sebelum Majlis Raja-Raja bermesyuarat pada 16 Jun lalu secara jelas berkaitan kegagalan kerajaan yang buntu mencari formula terbaik dalam menurunkan kadar jangkitan Covid-19,” katanya.

Selain itu, Mohd. Razlan berkata, beliau bersedih dan marah ketika membaca warkah Istana Negara semalam yang Perdana Menteri sepatutnya akur dan patuh terhadap titah Seri Paduka.

Bagaimanapun, katanya, segala titah yang dizahirkan Seri Paduka diketepikan seolah-olah fungsi dan peranan Raja Melayu yang berdaulat tidak dipandang oleh kerajaan.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membaca ikrar sumpah taat setia menjalankankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri di hadapan Tuanku, namun, amanah tersebut disia-siakan begitu sahaja.

“Kepercayaan yang diber, penderhakaan pula yang dibalas. Malangnya, suara Istana Negara diketepikan dalam soal pertimbangan sepatutnya untuk saling bekerjasama memperkasakan rakyat.

“Apun Tuanku beribu-riubu ampun, sembah patik harap diampun,” katanya lagi.

26 Julai lalu, Takiyuddin menjelaskan kerajaan Persekutuan telah membatalkan semua peraturan Ordinan Darurat pada 21 Julai lalu namun kenyataan itu mendapat bantahan pelbagai pihak yang disifatkan tidak melalui proses sewajarnya selain ‘membelakangkan’ Yang di-Pertuan Agong.

Terkini, Seri Paduka menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan yang telah dibuatkan di Parlimen bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat sedangkan pembatalan ordinan tersebut belum mendapat perkenan Seri Paduka. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya