Program vaksinasi tumpuan Dewan Rakyat hari ketiga - Utusan Malaysia

Program vaksinasi tumpuan Dewan Rakyat hari ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sidang Khas Dewan Rakyat hari ketiga akan dimulakan dengan sesi penerangan mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dilaksanakan kerajaan.

Mengikut Aturan Urusan Mesyuarat, penerangan itu akan disampaikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, kemudian ahli-ahli Parlimen boleh mengemukakan persoalan atau cadangan sebelum dijawab menteri tersebut.

Dalam sesi penerangan itu juga, antara isu yang dijangka dibangkitkan adalah isu suntikan vaksin kosong, perolehan bekalan vaksin dan kadar vaksinasi negara yang sedang dijalankan kini.

Malaysia merupakan antara negara yang terpantas dalam program vaksinasi penduduknya dengan kapasiti kadar suntikan mencapai lebih 500,000 dos sehari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN