Program vaksinasi ImmuPlan akan bermula 29 Julai

Program vaksinasi ImmuPlan mula 29 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Program vaksinasi ImmuPlan yang dicadangkan kerajaan negeri khusus buat rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura bakal bermula pada 29 Julai ini.

Johor Immunity Planning System (Johor ImmuPlan) dalam satu kenyataan memberitahu, semua individu yang layak akan dijadualkan secara harian mengikut tarikh pendaftaran mereka di dalam sistem ImmuPlan.

Menurut kenyataan itu, penjadualan akan dilakukan secara individu melalui aplikasi MySejahtera dimana semakan boleh dibuat melalui aplikasi sama.

“Sekiranya anda telah mendaftar untuk program ini, sila periksa aplikasi MySejahtera untuk penjadualan anda. E-mel pengesahan dan peringatan juga akan dihantar setelah tarikh dan masa penjadualan vaksinasi anda disahkan.

“Penjadualan pertama akan bermula pada 29 Julai dan akan dilanjutkan setiap hari sehingga semua barisan ekonomi yang layak diberi vaksin,” jelas kenyataan itu.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad memberitahu bahawa ImmuPlan merupakan satu inisiatif kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi di negeri ini khususnya buat rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Kata beliau, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi telah bersetuju untuk memperuntukkan tambahan 100,000 vaksin bagi mereka yang berhasrat berulang-alik ke Singapura sekiranya sempadan dibuka.

“Ini adalah salah satu daripada usaha yang kerajaan negeri akan terus minta supaya sama ada sempadan dibuka dalam masa terdekat atau tidak, kita harapkan tambahan vaksin itu akan terus diberi,” kata Hasni. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN