Produk koko tempatan perlu berani teroka pasaran e-dagang - Utusan Malaysia

Produk koko tempatan perlu berani teroka pasaran e-dagang

MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pencapaian sektor koko perlu ditingkatkan lagi bagi membolehkan Malaysia terus bersaing dalam pasaran penting dan merebut peluang global yang pesat berkembang.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, langkah itu termasuk memberi fokus ruang dalam pasaran e-dagang yang lebih luas.

“Pasaran ini di Malaysia kian dapat perhatian selain dijangka meningkat berikutan isu wabak Covid-19 serta peningkatan penggunaan telefon pintar dan capaian internet,” katanya ketika berucap merasmikan Bengkel Tahunan Saintis Lembaga Koko Malaysia (LKM) 2021 secara maya hari ini yang disertai 72 pegawai penyelidik agensi itu.

Yang hadir sama Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ravi Muthayah dan Ketua Pengarah LKM, Dr. Ramle Kasin dan wakil Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).

Program tiga hari bertemakan Transformasi Budaya Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Ke Arah Kajian Berpacukan Pasaran itu usaha kolaborasi strategik antara LKM dan MTDC.

Inisiatif tersebut sudah bermula sejak Rancangan Malaysia Kelapan dan setakat ini, 105 projek dengan peruntukan RM75.3 juta dilaksanakan selain 630 penerbitan yang berimpak tinggi.

Mengulas lanjut, Mohd. Khairuddin berkata, pemasaran melalui wadah e-dagang ketika ini wajar ditekankan selaras prinsip Internet Benda (IoT) dan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya