Premis tawar perjudian dalam talian diserbu - Utusan Malaysia

Premis tawar perjudian dalam talian diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Sebuah premis di Jalan Genting Klang dekat sini, diserbu polis semalam selepas menjalankan kegiatan perjudian dalam talian.

Menerusi serbuan kira-kira pukul 4.15 petang oleh Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur itu,  seorang penjaga premis warga Bangladesh ditahan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, ketika serbuan, terdapat penjaga  lelaki Bangladesh berusia 25 tahun itu di dalam premis berkenaan.

Kata beliau, turut dirampas sebuah komputer riba induk selain komputer riba (10 unit), tetikus (11 unit) dan TM Wifi dan D-Link masing-masing satu dan wang tunai RM160.

“Siasatan mendapati, premis ini baru beroperasi sejak 10 hari lalu yang mana lelaki itu ditawarkan gaji RM1,500 dan bekerja dari 8 pagi hingga 8 malam.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 dan 1963,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN