PPV pandu lalu tingkat penerimaan vaksin - Utusan Malaysia

PPV pandu lalu tingkat penerimaan vaksin

SEORANG penduduk yang menerima suntikan vaksin di PPV pandu lalu di Pejabat Daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Padang Terap. - UTUSAN/MOHD. RIFAAT ABD. HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERANG: Seramai 72 penduduk di daerah ini menerima vaksin dos kedua pada hari pertama pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu di Pejabat Daerah Padang Terap di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Pihak Berkuasa Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, PPV itu merupakan yang pertama diwujudkan di negeri ini bagi meningkatkan jumlah penerimaan vaksin dalam kalangan penduduk di daerah ini.

“Kaedah pandu lalu ini sudah diamalkan di beberapa negeri, namun di Kedah, daerah Padang Terap merupakan yang pertama melakukannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan PPV pandu lalu di sini hari ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Padang Terap, Datuk Md. Shuhaime Abdul Rahman.

Beliau memberitahu, orang ramai yang menerima vaksin di PPV pandu lalu ini tidak perlu menunggu lama apabila mengambil masa kira-kira 15 minit.

“PPV pandu lalu tersebut akan dibuka di daerah lain secara berperingkat di tempat yang sesuai dan kondusif,” jelasnya.

Selain itu, Dr. Mohd. Hayati memberitahu, setakat ini, seramai 10,813 penduduk di daerah ini telah menerima vaksin bagi dos pertama dengan kadar 14.49 peratus daripada 72,000 penduduk yang layak.

Katanya, jumlah penerima vaksin dos kedua pula seramai 8,564 penerima dengan kadar 12.4 peratus.

“Padang Terap merupakan daerah kedua tertinggi menerima vaksin di negeri ini iaitu 14.49 peratus selepas Langkawi sebanyak 20 peratus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN