Polis pantau kawasan luar Parlimen - Utusan Malaysia

Polis pantau kawasan luar Parlimen

MALAYSIA perlukan ahli Dewan Rakyat yang mampu menjalankan tugas dengan berkesan, bukan jumlah yang ramai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan semua individu termasuk pemimpin dan ahli politik supaya  kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Ini kerana pematuhan SOP itu penting bagi mengelakkan tercetusnya kluster Covid-19 sepanjang tempoh persidangan Parlimen yang dijadualkan berlangsung bermula hari ini.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pemantauan berterusan dilakukan di semua lokasi khususnya di luar Parlimen dan kawasan sekitar ibu negara.

Kata beliau, pemantauan itu bagi memastikan tidak ada sebarang perhimpunan dan apa jua aktiviti yang melanggar undang-undang di negara ini.

“Ya kita akan memantau setiap tempat. Jadi, tidak mengira siapa mereka perlu menghormati undang-undang dan SOP yang ditetapkan.

“Tindakan tegas akan diambil jika mereka gagal mematuhi undang-undang negara ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN