PM sertai Program Malaysia Berzikir malam esok - Utusan Malaysia

PM sertai Program Malaysia Berzikir malam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai Program Malaysia Berzikir menerusi slot rancangan Forum Perdana Ehwal Islam, TV1, esok.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata, program anjuran jabatan itu turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri dan Timbalannya, Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Katanya, program berkenaan sebagai kesinambungan usaha dan ikhtiar Malaysia dalam menghadapi pandemik Covid-19 di negara ini.

“Sejurus selepas program tersebut, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk Menginsafi Hikmah akan melengkapkan Program Malaysia Berzikir dengan perbincangan bersama panel-panel yang diundang.

“Antara panel itu ialah Pakar Motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadhilah Kamsah; Pensyarah Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail dan pendakwah, Muhammad Ashraf Ridzuan,” katanya dalam kenyataan malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya