PETALING JAYA: Sidang khas Parlimen hari ini seperti dijangka bermula panas apabila pembangkang seolah-olah menunggu masa untuk melepaskan geram.
Ini termasuk apabila mereka tidak memperdulikan permintaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya menyedekahkan bacaaan Al Fatihah dan bertafakur sejenak untuk mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19.
Ahli Parlimen pembangkang tidak menghiraukan permintaan Perdana Menteri ketika memulakan ucapan itu, sebalik terus bangun meminta point of order.
Wakil pembangkang dari DAP terutamanya terus bangun mencetuskan suasana riuh meminta ‘point of order’.
Malah Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun turut mengulangi permintaan Perdana Menteri itu supaya semua bertafakur dan membaca Al Fatihah.
Namun, kem pembangkang tetap dengan gaya mereka membuat bising meminta ‘point of order’. – UTUSAN










