LONDON: Bekas pemain nombor satu dunia, Karolina Pliskova mara ke separuh akhir tenis Kejohanan Wimbledon buat pertama kalinya selepas menewaskan pemain Switzerland, Viktorija Golubic, 6-2, 6-2, di sini, sebentar tadi.
Pliskova yang kini menduduki ranking ke-13 dunia akan berdepan pemain Belarus yang juga pilihan kedua kejohanan, Aryna Sabalenka untuk menempah tempat ke final pada Sabtu ini.
Sabalenka tidak berdepan masalah menyingkirkan pemain Tunisia, Ons Jabeur dengan kemenangan 6-4, 6-3.
Pliskova berada dilandasan terbaik untuk merangkul gelaran pertamanya, selepas belum pernah memenangi sebarang gelaran Grand Slam dengan pencapaian terbaiknya dalam saingan utama itu adalah muncul naib juara pada Terbuka Amerika Syarikat pada 2016. – AGENSI