PKPD di 2 kampung Orang Asli suku Jakun di Rompin tamat - Utusan Malaysia

PKPD di 2 kampung Orang Asli suku Jakun di Rompin tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua perkampungan Orang Asli dari suku kaum Jakun dalam Daerah Rompin, Pahang bakal ditamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) esok iaitu Kampung Kerpal dan Kampung Pinang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di lokaliti itu dilaksanakan susulan dua kematian direkodkan daripada sembilan kes positif wabak Covid-19 yang dilaporkan dan kemudian dikenali sebagai Kluster Kerpal pada 7 Julai lepas.

Daerah terletak di tenggara Pahang itu mempunyai 45 buah kampung etnik hulu tersebut yang diperakui oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dengan lebih 5,000 orang penduduk.

Dalam pada itu jelas beliau, dua lokaliti di Bahagian Kuching, Sarawak bakal dikenakan PKPD mulai Khamis ini secara serentak iaitu Kampung Bintawa Hilir dan Kampung Sungai Tapang.

Sabah pula ada tujuh lagi lokaliti dilaksanakan PKPD antaranya Kampung Air dan Kampung Bokara, Bahagian Sandakan serta Kampung Guruh-Guruh, Sipitang, Bahagian Pedalaman.

Baki dalam Daerah Kota Kinabalu, Bahagian Pantai Barat iaitu Kilang Papan Lusera, Telipok; Kampung Mogiding Malawa dan kuarters pekerja Progresif Perwira; Kampung Sinulihan serta University Utama Condominium Fasa 2.

Bagaimanapun jelas Ismail Sabri, lima lokaliti yang dilaksanakan PKPD di negeri itu sejak 8 Julai lalu dan sepatutnya berakhir esok, disambung lagi 14 hari sehingga 4 Ogos ini melibatkan Kampung Sri Menanti, Bahagian Tawau serta Kampung Pondo, Kampung Lok Urai, Kampung Kasuapan dan Kampung Pulau Gaya dalam Daerah Kota Kinabalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN