PICK catat lebih 400,000 dos tertinggi diberikan semalam - Utusan Malaysia

PICK catat lebih 400,000 dos tertinggi diberikan semalam

- GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah penerima vaksin semalam merekodkan angka tertinggi dalam sehari sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) diperkenal pada 23 Februari lalu.

 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sejumlah 421,479 dos diberikan di seluruh negara semalam dengan rekod paling tinggi di Selangor iaitu 98,118 dos.

 Ini diikuti Sarawak yang mencatatkan 82,068 dos, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (67,904), Perak (24,783), Johor (21,880), Negeri Sembilan (20,528) dan Pulau Pinang (17,782).

 “Untuk rekod, jumlah tertinggi pemberian suntikan vaksin wabak berkenaan dalam sehari yang pernah dicapai ialah 376,909 dos iaitu pada 9 Julai lalu,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

 Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) ujar beliau, memaklumkan jumlah keseluruhan kumulatif sebanyak 11,788,189 dos pertama dan kedua seluruh negara.

 Beliau yang juga Menteri Pertahanan turut menyeru mereka yang belum mendaftar lagi untuk PICK, agar segera tampil berbuat demikian menerusi pelbagai saluran disedia pihak JKJAV. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN