Penyeludup rokok, arak guna kapal diubah suai - Utusan Malaysia

Penyeludup rokok, arak guna kapal diubah suai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesan modus operandi terbaharu sindiket dengan menggunakan kapal kargo atau kapal tangki yang diubah suai bagi menyeludup rokok dan arak ke negara ini. 

Komander Pasukan Polis Marin (PPM), Deputi Komisioner Mohd. Yusoff Mamat berkata, sindiket kemudian memindahkan barangan tersebut ke bot barter trade di lautan antarabangsa. 

“Ini selepas kerajaan mengehadkan transhipment rokok di pelabuhan khusus sahaja selain mengenakan cukai import ke atas rokok yang bertujuan untuk dieksport,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman hari ini. 

Dalam pada itu, menurut Mohd. Yusoff, pihaknya mengenal pasti dalang sindiket penyeludupan kontraban di negara ini yang menyebabkan kehilangan hasil negara sehingga RM5 billion.

Ujarnya, polis kini sedang mengumpul maklumat kumpulan sindiket yang aktif melakukan penyeludupan rokok dan arak di negara ini.

“Kawasan utama kegiatan kontraban ini adalah di Pantai Barat Semenanjung di mana kawasan ini mempunyai pantai yang landai.

“Kita juga mengesan pergerakan baru dilakukan kumpulan sindiket berkenaan untuk menyeludup masuk rokok dan arak ke negara ini,” katanya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN