Penebusan Program Jaringan Prihatin dilanjutkan hingga 31 Ogos depan - Utusan Malaysia

Penebusan Program Jaringan Prihatin dilanjutkan hingga 31 Ogos depan

cukai
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penebusan Program Jaringan Prihatin yang sepatutnya tamat pada 31 Julai ini dilanjutkan sehingga 31 Ogos depan.

Lanjutan penebusan selama sebulan itu bagi memberi peluang kepada pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang baru diluluskan untuk berdaftar dengan program itu.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan akhbar memaklumkan, tempoh pelaksanaan program juga akan dipanjangkan sehingga 31 Ogos 2022.

Menurutnya, lanjutan itu juga membabitkan penebusan pakej peranti iaitu sehingga 31 Ogos depan.

“Setakat 22 Jun lalu, seramai 2.8 juta individu mendaftar bagi program itu dan lebih daripada 500,000 penerima telah menerima peranti mudah alih baharu.

“Hampir RM180 juta telah disalurkan kepada golongan B40 melalui program itu sekali gus mengurangkan kos mendapatkan akses internet dan membantu melancarkan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi isi rumah yang mempunyai anak bersekolah,” katanya.

Katanya, permohonan untuk Jaringan Prihatin boleh dibuat secara dalam talian atau melalui aplikasi syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian.

Program Jaringan Prihatin adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 dan ditambahbaik di bawah pakej PEMERKASA.

Menerusi program itu, semua penerima BPR layak mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih melalui 12 syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian.

Program bernilai RM3.5 bilion dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu bermula pada 5 Mei lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN