PETALING JAYA: Penduduk Mentari Court, di sini termasuk warga asing sama ada kontak rapat atau negatif Cocid-19 akan menerima vaksin bermula Ahad ini.
Pegawai Daerah Petaling, Datuk Johary Anuar berkata, ini adalah inisiatif kerajaan negeri yang pertama kali dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
“Kami akan melakukan pengesanan kontak rapat terlebih dahulu terhadap 17,000 penduduk membabitkan 3,469 unit kediaman di kawasan ini sebelum menjalankan ujian saringan bermula esok.
“Selepas keputusan ujian diperoleh, kami akan memberi vaksin kepada semua individu dewasa termasuk warga asing di kawasan ini yang juga kontak rapat serta negatif Covid-19 bermula Ahad ini.
“Individu yang dijadualkan menerima vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) di luar, mereka diminta menunda tarikh temu janji dan dimasukkan dalam senarai penerima vaksin di kawasan ini,” katanya ketika meninjau pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Mentari Court hari ini. – UTUSAN ONLINE