PDRM: 16 unit dron bantu tangani ancaman sempadan negara - Utusan Malaysia

PDRM: 16 unit dron bantu tangani ancaman sempadan negara

PASUKAN keselamatan berkawal di kawasan sempadan Padang Besar, Perlis.- UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan meluluskan cadangan perolehan sebanyak 16 unit dron terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membanteras ancaman di kawasan sempadan negara.

Kesemua dron jenis vertical take-off and landing (Vtol) serta berkuasa bateri selain dilengkapi kamera yang boleh membuat penerbangan dan rakaman atau gambar visual resolusi tinggi pada waktu malam serta siang.

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi PDRM, Datuk Seri Sahabudin Abd. Manan berkata, selain itu, bagi setiap dron diperoleh, pakej juga merangkumi mobile ground station vehicle yang dilengkapi dengan turret tracking antenna system, stesen cuaca dan sistem satelit navigasi mudah alih.

Katanya, perolehan kesemua dron itu adalah di bawah Projek Perolehan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK 12) dengan unjuran siling projek bernilai RM48 juta.

“Kesemua dron itu akan digunakan bagi penugasan pemantauan dalam usaha menangani pencerobohan, penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

“PDRM menghargai komitmen kerajaan dalam memastikan pasukan memiliki aset dan kelengkapan terkini bagi memantapkan lagi penugasan agar keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN