fbpx

23 September 2021, 8:12 am

  TERKINI

PdP pelajar asasi, diploma mulai Ogos 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA  Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) pelajar baharu program asasi dan diploma sesi akademik 2021/2022 dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bermula Ogos ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan, universiti awam (UA) boleh mempertimbang kemasukan pelajar asasi dan diploma ke kampus secara fizikal bermula Oktober depan.

“Kemasukan pelajar tersebut juga boleh dipertimbangkan pada semester berikutnya bergantung kepada kesediaan dan ketetapan universiti masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, para pelajar dan ibu bapa boleh menghubungi bilik gerakan Covid-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 03-8870 6777.

Orang ramai juga boleh berbuat demikian dengan melayari laman web IPT atau terus menghubungi Pegawai Penyelaras di IPT masing-masing. – UTUSAN ONLINE

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN