Parti di balai polis: Seorang anggota positif dadah - Utusan Malaysia

Parti di balai polis: Seorang anggota positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang daripada anggota polis yang ditahan ketika di sebuah balai polis di Kajang, Selangor didapati positif dadah.

Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Azri Ahmad berkata, hasil ujian saringan awal dijalankan terhadap lapan orang yang ditahan dalam serbuan itu mendapati, seorang daripda mereka positif dadah jenis THC.

“Sementara yang lain negatif,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan lapan individu termasuk ketua balai polis bersama tiga anggotanya berhibur bersama empat wanita yang juga orang awam di sebuah balai polis ditahan Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, semalam.

Dalam serbuan pukul 6 petang itu, ketua balai polis yang berpangkat sub inspektor bersama dua anggotanya berpangkat koperal dan seorang koperal sokongan ditahan ketika berhibur sambil dipercayai mengambil minuman keras dan air ketum dalam bilik di tingkat dua balai berkenaan.

Hasil serbuan juga, polis merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan televisyen.

Turut ditemukan gambar lucah milik seorang polis bersama seorang daripada wanita ditahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN