Panggilan angkat individu obes meningkat di Melaka - Utusan Malaysia

Panggilan angkat individu obes meningkat di Melaka

ZULKHAIRANI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Panggilan kecemasan bagi khidmat khas bantuan mengangkat dan menguruskan individu yang mengalami masalah obesiti meningkat di negeri ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, sepanjang pandemik Covid-19, sebanyak 12 operasi khidmat khas berkaitan perkara itu dilaksanakan pihaknya.

Beliau berkata, ia merangkumi beberapa kategori respons termasuk bantuan mengangkat dan membawa individu obesiti ke hospital serta pengurusan jenazah di lokasi dan tanah perkuburan.

“Pada tahun lalu kita  melaksanakan lima operasi khidmat khas membabitkan individu lebih berat badan. Namun pada tahun ini, sehingga semalam sahaja, sebanyak tujuh panggilan bantuan kecemasan diterima.

“Pada minggu lalu kita menerima satu panggilan bantuan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengangkat mayat seorang wanita seberat 230 kilogram yang meninggal dunia di rumahnya di Taman Desa Damai Cheng di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkhairani menambah, kesemua panggilan yang diterima melibatkan individu berusia 30 hingga 60 tahun dengan anggaran berat badan antara 100 hingga 250 kilogram.

“Kebanyakan panggilan ini diterima daripada pihak hospital yang meminta bantuan kami membawa pesakit ke hospital untuk diberikan rawatan.

“Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, cabaran kali ini kita terpaksa menguruskan mangsa sebagai status Covid-19 tidak diketahui, dan pasukan bomba perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE),” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya