Op Patuh: 395 diperiksa, lima kompaun dikeluarkan - Utusan Malaysia

Op Patuh: 395 diperiksa, lima kompaun dikeluarkan

HOO Chang Hook (dua kiri) ketika menyertai Op Patuh di sekitar daerah Jempol, semalam. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Sebanyak lima kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 dalam Op Patuh di sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, operasi yang bermula pada pukul 2 petang itu membabitkan pemeriksaan ke atas empat buah kilang, empat buah asrama penginapan, beberapa buah premis perniagaan.

Jelasnya, seramai 395 individu dan pekerja telah diperiksa semasa operasi berkenaan.

Menurut Chang Hook, kompaun yang dikeluarkan tersebut membabitkan kesalahan majikan gagal menyediakan buku daftar atau kod QR MySejahtera dan pemilik premis menyediakan peralatan imbas suhu yang tidak berfungsi.

“Dalam operasi ini juga enam tangkapan turut dibuat melibatkan warga asing masing-masing dengan tiga kesalahan tidak memakai pelitup muka dan tiga individu tiada permit kerja yang sah.

“Operasi dengan kerjasama beberapa agensi dan jabatan itu dibuat bagi memastikan Akta 446 Pindaan 2019 dipatuhi dan tiada perlanggaran SOP Pelan Pemulihan Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, dalam operasi itu, pemeriksaan turut dibuat ke atas kehadiran petugas sektor pembuatan agar kapasiti 60 peratus pekerja dipatuhi selaras dengan Peraturan 16 PU(A) 243/2021 Akta 342.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN