Nilai semula lantikan politik dalam GLC, tubuh segera RCI - Utusan Malaysia

Nilai semula lantikan politik dalam GLC, tubuh segera RCI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu menilai semula lantikan politik di dalam semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) khususnya dalam Lembaga Tabung Haji (TH).

Ini kerana menurut Ahli Majlis Eksekutif Pusat PEJUANG Tanahair, Armin Baniaz Pahamin, lantikan politik itu adalah satu bentuk rasuah yang diberi kepada ahli Parlimen sekali gus dilihat menjadi punca utama permasalahan dalam TH sehingga kini.

“Risiko terbesar Tabung Haji terletak pada lantikan Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan barisan pengurusan tertinggi yang dilihat ada campur tangan politik. Selain itu, hal yang bersangkutan dengan kemampuan dalam pelaburan, pengurusan dan urusan kuota serta subsidi tanggungan pengurusan haji. Tabung Haji terbabit dalam pelaburan dalam sektor perladangan, hartanah, saham dan enterprise.

“Tiada bank atau syarikat insurans yang diletakkan di bawah kawal selia Bank Negara yang dibenarkan berbuat sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Armin, perkara itu bukan sahaja berlaku kepada TH, malah turut berlaku kepada beberapa syarikat lain.

“Bukan TH sahaja yang menjadi mangsa lantikan politik, malah institusi seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan lain-lain juga terkesan hasil amalan korupsi sebegini,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama turut menolak penyenaraian Tabung Haji sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia Bank Negara Malaysia (BNM).

“Disamping membangunkan ekonomi Melayu-Islam, Tabung Haji juga menjadi penyelaras jemaah haji, selaras dengan peruntukan Seksyen 10 Akta Tabung Haji 1995 dan setiap tahun Tabung Haji membelanjakan lebih RM300 juta untuk rakyat menunaikan ibadat haji.

“Adakah Bank Negara boleh menjamin keuntungan kepada Tabung Haji untuk terus memberi subsidi dan pulangan kepada pendeposit melalui kawalan regulasi perbankan dan risiko kredit? Adakah Bank Negara akan membenarkan Tabung Haji terus memberi subsidi bagi mengurangkan beban kemampuan jemaah untuk menunaikan ibadat haji?

“Adakah jaminan kerajaan kepada pendeposit juga akan dikekalkan setelah diletak di bawah kawalselia Bank Negara?apakah motif sebenar dengan meletakkan Tabung Haji di bawah kawal selia Bank Negara? berpandukan konsep yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, institusi lain seperti KWSP, LTAT, KWAN, ASB juga patut disenaraikan di bawah institusi kewangan Islam yang ditetapkan di bawah Seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

“Kenapa hanya Tabung Haji?” soalnya.

Dalam hal ini, Armin berkata, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu dibuat segera dan menggesa skop diperluaskan sehingga tahun 2020.

Tambahnya, Menteri Kewangan sepatutnya menunggu keputusan dan hasil siasatan RCI sebelum membuat apa-apa keputusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya