Najib minta Muhyiddin berundur secara terhormat - Utusan Malaysia

Najib minta Muhyiddin berundur secara terhormat

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana ia merupakan tindakan terbaik yang boleh dilakukan beliau.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Muhyiddin harus bertanggungjawab di atas titah Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan dukacita terhadap pembatalan Ordinan Darurat tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Pilihan yang terbaik adalah untuk Tan Sri Muhyiddin berundur secara terhormat dan ia mencerminkan bahawa Perdana Menteri mengambil tanggungjawab atas apa yang dilakukan atas nama kerajaan.

“Secara peribadi bahawa Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku sebagai ketua kerajaan. Saya pernah menjadi ketua kerajaan selama sembilan tahun dan saya tahu bahawa urusan ini antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Parlimen hari ini.

Najib berkata, peletakan jawatan itu adalah di antara Perdana Menteri dengan Seri Paduka dan terpulang kepada Agong untuk melantik seseorang yang mempunyai sokongan dalam kalangan ahli Parlimen.

Beliau kemudian berpendapat bahawa Ordinan Darurat perlu dibahaskan di Dewan Rakyat seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong.

Najib berkata, pihaknya berbincang dengan beberapa pengamal undang-undang dan mereka sama berpendapat.

Dalam pada itu, Najib memberitahu bahawa beliau menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) namun menarik sokongan kepada Perdana Menteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN