MUDA tak sokong PN - Utusan Malaysia

MUDA tak sokong PN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) membuat keputusan  tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perkara itu dijelaskan Setiausaha Agung Muda, Amir Abd. Hadi susulan keputusan sebulat suara yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti tersebut.

“MUDA berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat  membuat ketetapan yang jelas untuk tidak menyokong Kerajaan PN.

“Kerajaan PN adalah sebuah kerajaan dibentuk tanpa sokongan rakyat, tidak kompeten malah gagal dalam menguruskan pandemik hari ini.

“Sebarang kenyataan yang dibuat mengaitkan MUDA dengan PN adalah satu pembohongan,” katanya dalam satu kenyataan.

Politik negara kecoh apabila UMNO sebelum ini memutuskan menarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketetapan tersebut diambil berpandukan tujuh kegagalan Kerajaan PN dalam memenuhi aspirasi yang digariskan parti itu.

Menurutnya, tujuh kegagalan itu antaranya gagal menangani pandemik Covid-19, mempertahankan sistem demokrasi berparlimen, menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat secara berkesan. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya