Menteri, Timbalan Menteri UMNO letak jawatan atau tidak? - Utusan Malaysia

Menteri, Timbalan Menteri UMNO letak jawatan atau tidak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penegasan UMNO menarik sokongan serta-merta terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuatkan Menteri dan Timbalan Menteri daripada parti itu kini menjadi ‘buruan’ pelbagai pihak.

Ramai yang mahu mengetahui apakah kedudukan mereka ketika ini, sama ada meletak jawatan dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau sebaliknya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baharu sahaja dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, semalam, manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula diangkat sebagai Menteri Kanan Luar Negeri dan mengetuai Kluster Keselamatan.

Menteri-menteri UMNO yang lain adalah Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan).

Seterusnya, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli, manakala Ketua Wanita UMNO yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang terpilih pula ialah Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pula Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi manakala Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique sebagai Menteri Perpaduan Negara sementara Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr. Adham Baba (Menteri Kesihatan).

Sementara itu, Ahli Parlimen UMNO yang dilantik sebagai Timbalan Menteri ialah Datin Mastura Yazid (Kuala Kangsar) di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas).

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said (Timbalan Menteri Dalam Negeri I) dan Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia).

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah menjadi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, manakala Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad ialah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN