Memang patut penalti - Sterling - Utusan Malaysia

Memang patut penalti – Sterling

Raheem Sterling berjaya memperolehi sepakan penalti buat England ketika berdepan Denmark pada aksi separuh akhir Euro 2020 di Stadium Wembley.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penalti kontroversi yang diraih pemain sayap England, Raheem Sterling membantu Three Lions menewaskan Denmark 2-1 untuk mara ke final Euro 2020.

Kekalahan itu menamatkan kisah dongeng Denmark di separuh akhir, perjalanan paling jauh pernah dilalui mereka sejak muncul juara pada Euro 1992.

Bintang Manchester City itu, terjatuh selepas diasak Joakim Maehle ketika membawa bola masuk ke dalam kawasan penalti Denmark pada masa tambahan.

Begitupun, sepakan penalti yang diambil Harry Kane berjaya diselamatkan Kasper Schmeichel namun tindakan susulan kapten England itu berjaya menjaringkan gol kemenangan sekali gus membawa pasukannya mara ke perlawanan akhir berdepan Itali awal pagi Isnin, bagi merebut gelaran juara Euro 2020.

Denmark terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-30 menerusi gol cantik menerusi bola mati yang disempurnakan  Mikkel Damsgaard namun berjaya disamakan England hasil gol sendiri Simon Kjaer sembilan minit kemudian.

“Saya masuk ke dalam kotak penalti dan dia menghulurkan kaki kanan sebelum tersentuh kaki saya, jadi memang jelas sepakan penalti harus diberikan.

“Ia prestasi terbaik yang berjaya kami pamerkan, apabila perlu bangkit setelah melepaskan gol pertama di kejohanan ini. Kami berjaya melakukannya dengan menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi untuk memenangi perlawanan ini.

“Ia memang sukar selepas ketinggalan tapi kami harus bersabar dan tahu kemampuan yang dimiliki,” katanya.

England mara ke perlawanan akhir buat kali pertama di kejohanan utama sejak 55 tahun lalu iaitu ketika Piala Dunia 1966.

“Ia adalah satu lagi langkah menuju ke arah yang tepat. Namun sebaik saja kami masuk ke bilik persalinan semuanya berakhir dan kami harus fokus untuk perlawanan hujung minggu ini, peringkat demi peringkat dan itu saja yang mampu kami lakukan,” kata Sterling. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya