Mayat pesakit Covid-19 terapung di tebing sungai ekoran banjir -

Mayat pesakit Covid-19 terapung di tebing sungai ekoran banjir

Mayat mangsa Covid-19 terapung di tebing Sungai Ganges di Uttar Pradesh India ekoran hujan lebat yang menyebabkan air sungai itu melimpah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Ratusan mayat dipercayai mangsa pandemik Covid-19 terdampar di tepi Sungai Ganges ekoran musim hujan dan paras air sungain itu meningkat.

Gambar-gambar yang dirakam di beberapa bahagian negeri Uttar Pradesh yang berpenduduk padat menunjukkan mayat-mayat hanyut di tepi sungai Ganges, yang dianggap suci oleh penganut agama Hindu.

Sebagian besar jenazah diyakini merupakan orang yang meninggal karena Covid-19.

Myat-mayat itu dipercayai dikebumikan di kubur-kubur yang cangkat di sepanjang tebing sungai ekoran keluarga tidak mampu membiayai kos pengebumian secara pembakaran.

Memetik laporan Mirror, pemandangan itu bukan yang pertama kalinya berlaku di kawan tersebut.

Pekerja perbandaran di bandar Prayagraj di Uttar Pradesh, India mengutip mayat yang hanyut di tebing Sungai Ganges. – AFP

Gambar dan video yang serupa pernah muncul pada bulan Mei lalu, yang memberi gambaran betapa serius jangkitan Covid-19 di negara itu.

Walaupun kes positif harian di India telah menurun secara drastik pada Jun, namun bandar Prayagraj di Uttar Pradesh masih mengendalikan proses pembakaran kira-kira 108 mayat yang ditemukan di sungai dalam tiga minggu terakhir ini.

Jurucakap pejabat majis perbandaran Neeraj Kumar Singh memberitahu Reuters: “Ini adalah mayat-mayat yang terkubur sangat dekat dengan sungai dan telah terhanyut akibat paras air meningkat. Pihak pebandaran telah mengerahkan pasukan terdiri daripada 25 orang yang bekerja siang dan malam untuk menguruskan mayat-mayat ini.”

Difahamkan terdapat sekitar 600 mayat yang dilaporkan dikubur di sepanjang sungai suci itu, tetapi penduduk setempat percaya jumlah sebenarnya jauh lebih tinggi.

 

Penduduk juga bimbang lebih banyak mayat akan hanyut akibat arus dan paras air sungai yang meningkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Mereka pun takut bahwa lebih banyak mayat terhanyut akibat air yang deras dalam beberapa minggu ke depan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN