MAIS salur bantuan kepada 376 keluarga, KOA - Utusan Malaysia

MAIS salur bantuan kepada 376 keluarga, KOA

KAKITANGAN MAIS (kiri) menyerahkan sumbangan itu kepada salah seorang penerima daripada KOA, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyalurkan bantuan kepada 376 keluarga termasuk masyarakat di Kampung Orang Asli (KOA) yang terkesan akibat pandemik Covid-19 hari ini.

Bantuan berjumlah RM37,600 itu berupa barangan keperluan asas seperti beras, minyak, gula dan tepung.

MAIS dalam satu kenyataan memberitahu, semua penerima bantuan itu melibatkan sebanyak 277 keluarga di Gombak, Hulu Langat (79) dan Hulu Selangor (20).

“Sumbangan daripada peruntukan fidyah itu bertujuan membantu mereka yang tergolong sebagai asnaf fakir miskin.

“Penerima itu terutama bagi mereka yang terjejas punca pendapatan akibat Covid-19 dan tergolong dalam miskin sementara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN