'Luka mereka masih segar, kita akan ceritakan nanti apa mereka rasa' - Utusan Malaysia

‘Luka mereka masih segar, kita akan ceritakan nanti apa mereka rasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang kini berada di wilayah Gaza menulis, hari ini pasti akan menjadi hari yang menyedihkan.

Dalam catatannya di Facebook, beliau berkata, ini kerana hari ini dia akan menyampaikan sumbangan fasa pertama kepada 60 keluarga para syuhada yang terkorban dalam serangan rejim Zionis, Mei lalu.

“Jumlah keluarga syuhada ada lebih 250 keluarga tetapi kami terpaksa sampaikan berperingkat supaya kerja lebih teratur.

“Saya minta NGO (pertubuhan bukan kerajaan) di sini yang akan bawa kami pilih enam keluarga untuk kami ziarahi, cerita sedikit pengalaman dan harapan mereka.

“Berborak tentang apa yang mereka lalui dan bagi mereka rasa macam sedang berborak dengan adik-beradik,” tulis.

Jelas Muhammad Nadir, pihaknya juga memaklumkan kepada NGO terbabit supaya menyerahkan sahaja duit sumbangan kepada keluarga terlibat selepas meninggalkan rumah supaya mereka tak sedih dan terasa.

“Biarlah hari ini kita bertemu mereka bukan sebagai NGO tapi sebagai saudara yang nak berkongsi kesakitan mereka.

“Mereka yang terkesan selepas perang baru ini sensitif sikit kerana luka mereka masih segar. Apa pun saya akan sampaikan salam kalian dan kalau ada rezeki nanti kita ceritakan kepada kalian apa yang mereka rasa, apa yang mereka lalui supaya perjuangan kita untuk mereka tak berhenti dan tak bermusim,” katanya.

Beliau kemudiannya menitipkan nasihat berikut: “Jangan lari fokus dan jangan lupa, merekalah hero Palestin yang sebenar”.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN