Lisa Blackpink bakal tampil dengan single solo - Utusan Malaysia

Lisa Blackpink bakal tampil dengan single solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Anggota kumpulan Blackpink, Lisa bakal tampil dengan single solo tidak lama lagi.

Media tempatan melaporkan Khabar yang cukup dinantikan peminat K-Pop itu telah dikongsikan agensi pengurusan penyanyi berkenaan, YG Entertainment menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

“Lisa dijadualkan terlibat dalam penggambaran klip video bagi single solo pertamanya dalam minggu ini. Lagu berkenaan akan menemui peminat sekitar musim panas ini,” katanya.

YG Entertainment sekitar tahun lalu telah mengesahkan penglibatan ahli-ahli kumpulan tersebut dalam projek solo untuk tahun ini.

Lisa merupakan anggota Blackpink ketiga yang tampil dengan single solo selepas Jennie dan Rose.

Dalam pada itu, kesemua anggota kumpulan kesayangan ramai ini juga bakal muncul menerusi sebuah filem yang merupakan sebahagian projek ulang tahun mereka, 4+1 Project.

Filem tersebut dijangka menemui peminat sekitar Ogos depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya