"Lima tahun tak ada baby, sampai lupa nak beli apa" - Siti Sarah - Utusan Malaysia

“Lima tahun tak ada baby, sampai lupa nak beli apa” – Siti Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lima tahun lamanya tidak mengandung, penyanyi bersuara emas, Siti Sarah Raissudin ‘meluahkan’ rasa paniknya kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan sebagai persiapan menyambut bayi.

Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram, Siti Sarah turut membuka ruang untuk pengikutnya berkongsi pengalaman dan nasihat sebagai seorang ibu untuk dia menyambut kelahiran anak keempatnya itu.

“Sudah lima tahun tak ada baby, sampai sudah lupa mahu beli apa untuk persiapan menyambut kelahiran. Kalau anda, beli apa dulu? Beli ketika kandungan masuk berapa bulan?” soal penyanyi Semakin ini.

Dalam pada masa yang sama, Siti Sarah juga keliru di mana dia seharusnya membeli barangan keperluan bayi terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Tetapi, PKP macam ini mana nak cari ya?” soalnya lagi.

Pertanyaan itu mendapat respon daripada peminat yang mencadangkan beberapa platform e-dagang untuk membeli barangan bayi malah, ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing apabila jarak kandungan juga makan bertahun lamanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya