Liberty, AmGeneral bakal bergabung - Utusan Malaysia

Liberty, AmGeneral bakal bergabung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liberty Mutual Insurance (Liberty) akan memohon perjanjian perunding untuk proses penggabungan dengan syarikat insurans Malaysia, AmGeneral Insurance Berhad (AmGeneral). 

AmGeneral merupakan anak syarikat 51 peratus milik AMMB Holdings Bhd. (AMMB) dan 49 peratus lagi dimiliki Insurance Australia Group (IAG). 

Cadangan penjualan itu akan dibiayai melalui gabungan tunai dan saham, yang akan menjadikan AMMB memiliki kepentingan sebanyak 30 peratus dalam perniagaan Liberty dan AmGeneral. 

Cadangan penjualan itu tertakluk kepada kelulusan pengawalseliaan iaitu Liberty akan mengambil alih 100 peratus kepentingan ekuiti dalam AmGeneral daripada AmGeneral Holdings Bhd. (AGHB).

Gabungan entiti itu dijangka menjadi syarikat insurans motor terbesar serta syarikat insurans hartanah dan kemalangan kedua dalam pasaran.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi East Retail Markets Global Liberty Mutual, Matt Nickerson berkata, gabungan itu juga adalah usaha memperluas dan melabur di pasaran insurans antarabangsa yang terkemuka.

“Misi kami dalam membantu masyarakat hari ini supaya yakin mengejar hari esok adalah selaras dengan misi AMMB untuk membantu perkembangan individu dan perniagaan di Malaysia.

“Menggabungkan kemampuan global Liberty dengan pasaran terkemuka AmGeneral dalam insurans motor serta perniagaan yang semakin berkembang dalam barisan produk tambahan akan mewujudkan yang terbaik dalam kelas operasi insurans,” katanya dalam kenyataan.

Cadangan penjualan akan turut menyaksikan kumpulan AMMB menjalin kerjasama bank asurans baharu untuk tempoh 20 tahun.

Dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AMMB, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, cadangan urus niaga itu akan menetapkan landasan untuk kumpulan berkembang dan bersaing dengan lebih baik, mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran insurans Malaysia.

“Sinergi yang dapat dimanfaatkan itu akan memberi faedah kepada pemegang saham, pelanggan, pekerja dan semua pihak berkepentingan yang lain,” ujarnya.

Liberty memberikan perkhidmatan dalam pasaran insurans Malaysia melalui kira-kira 450 pekerja di 24 lokasi cawangan di seluruh negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya